Monday, May 17, 2010

Sanggul Arab: Cantik atau Dosa?

Salam semua....

Sebelum entry mengenai hadiah GiveAway, sy nk selit sket mengenai info yg sangat2 berguna ni (",) lately ni sy lihat ramai wanita yg dh bertudung dan berlumba2 nak kelihatan cantik...memang x salah..tp cuba perhatikan ada segelintir yang menyanggul rambut ( wallahualam samada rambut betul atau palsu) dengan keadaan agak tinggi yang bertujuan untuk nampak cantik...persoalannya...Cantik atau Dosa?

Ni yg sy dapat daripada blog Diari Melur (",) Kredit to her...

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

So, tepuk dada tanya iman..(",)

 

Recommended Product

Gallery Muslimah Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal